Dewasa · Adults

Kelas Renang Dewasa di KL & Selangor

Kelas renang dewasa untuk yang bermula dari kosong atau takut air. Kelas private one-to-one di kolam rumah atau kondo anda, atau kelas wanita sahaja di Putrajaya dengan coach perempuan. Tak pernah terlambat untuk belajar berenang.

🙋 Bermula dari kosong🏠 Di kolam anda👩 Kelas wanita sahaja
1:1 Kelas private
500+ Pelajar
Belajar Berenang Bila Dewasa

Untuk yang tak pernah belajar, atau takut air

Ramai pelajar dewasa kami bermula dari kosong. Ada yang pernah ada pengalaman menakutkan masa kecil, ada yang tak sempat belajar, dan ada yang nak berenang dengan betul untuk kesihatan atau untuk teman anak di kolam. Coach kami ikut rentak anda.

  • ✓

    Mula dari kosongPernafasan, terapung dan berdiri dengan selamat dulu, di bahagian cetek.

  • ✓

    Atasi rasa takut airLangkah demi langkah. Tak akan dipaksa sehingga anda bersedia.

  • ✓

    Berenang dengan betulGaya bebas, kuak dada dan kuak lentang dengan pernafasan yang betul.

  • ✓

    Ikut masa andaHari biasa atau hujung minggu, ikut jadual kerja anda.

Tanya Tentang Kelas Dewasa

Apa yang anda akan belajar

  1. Bernafas dan terapungTenang dalam air, tiup buih, terapung meniarap dan terlentang.
  2. Tendang dan luncurTolak dari dinding dan tendang merentasi kolam.
  3. Gaya pertamaGaya bebas dengan pernafasan sisi, kemudian kuak dada.
  4. Yakin di air dalamMengapung di tempat yang kaki tak jejak lantai.
Pilihan Kelas

Kelas private atau kelas wanita sahaja

Private · 1-to-1

Kelas private dewasa

Seorang coach, seorang pelajar (atau pasangan / keluarga). Cara paling cepat untuk belajar. Harga ikut pakej.

Kolam rumah & kondo

Coach datang ke kolam anda

Ada kolam di rumah, kondo atau apartmen? Coach kami datang ke kawasan anda sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, termasuk Shah Alam.

Wanita sahaja · Putrajaya

Kelas renang wanita

Sabtu malam di Presint 1, Putrajaya, dengan coach perempuan. Burkini dialu-alukan. RM180 sebulan. Butiran kelas.

Sebelum Kelas Pertama

Persediaan untuk kelas renang dewasa

Ramai orang dewasa rasa gementar sebelum kelas pertama. Itu perkara biasa. Kelas pertama santai sahaja: coach akan berbual dengan anda tentang pengalaman dan matlamat anda, kemudian mula di bahagian cetek dengan pernafasan dan terapung. Anda tak perlu pandai apa-apa sebelum datang.

Untuk kemajuan yang baik, satu hingga dua kelas seminggu sudah memadai. Kalau ada masa, berlatih sendiri sekejap di antara kelas akan membantu anda lebih cepat yakin. Coach akan beritahu latihan mudah yang boleh dibuat sendiri.

Apa perlu dibawa

  1. Pakaian renangBurkini dan pakaian renang muslimah dialu-alukan.
  2. Cermin mata renangSupaya selesa membuka mata dalam air.
  3. Topi renang dan tualaTopi renang membantu rambut tidak mengganggu.
  4. Botol airBerenang memang memenatkan, minum air secukupnya.
In the Pool

Kelas renang kami

Detik sebenar di kelas Aszend: membina keyakinan dalam air dan belajar gaya renang.

Aszend Swimming Academy swimmers and coaches in the pool after a lesson
Coach Aszend mengajar teknik renang dalam kelas renang dewasa
Swimmers learning with floats during an Aszend swimming lesson
Coach adjusting a swimmer's goggles before a lesson
Soalan

Soalan lazim

Saya dah dewasa. Masih boleh belajar berenang?

Boleh. Ramai pelajar dewasa kami bermula dari kosong pada umur 30-an, 40-an dan ke atas. Kelas ikut rentak anda, bermula dengan pernafasan dan terapung di bahagian cetek.

Saya takut air. Boleh ke saya belajar?

Boleh. Takut air ialah sebab paling biasa orang dewasa datang kepada kami. Coach bermula dengan pernafasan, terapung dan berdiri dengan selamat, dan hanya teruskan bila anda bersedia.

Coach boleh datang ke kolam kondo saya?

Boleh. Kami mengajar kelas private di kolam rumah, kondo dan apartmen sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. WhatsApp kawasan anda untuk semak.

Ada kelas untuk wanita sahaja?

Ada. Kelas renang wanita sahaja di Presint 1, Putrajaya setiap Sabtu malam dengan coach perempuan, untuk semua tahap. Burkini dialu-alukan.

Berapa harga kelas untuk dewasa?

Kelas wanita di Putrajaya RM180 sebulan. Harga kelas private ikut pakej: panjang kelas, bilangan pelajar dan bilangan kelas sebulan. WhatsApp kami untuk harga.

Mula Sekarang

Tempah kelas pertama anda

Beritahu kawasan anda, tahap renang dan hari yang sesuai.

WhatsApp Kami